KETERANGAN LISAN (ORAL EVIDENCE)

Dapatkan tips dan info guaman percuma, LIKE FB page kami PEGUAM MACHANG

Keterangan Lisan bermaksud segala penyataan yang dikehendaki oleh Mahkamah untuk dibuat di hadapannya oleh saksi tentang sesuatu hak atau kejadian. Seksyen 59 Akta Keterangan 1950 menyatakan bahawa keterangan lisan merangkumi segala fakta yang dikemukakan kecuali isi kandungan dokumen-dokumen. Seksyen 60 Akta yang sama juga memperuntukkan bahawa setiap keterangan lisan mestilah dikemukakan secara langsung. Ini diperjelaskan oleh Hamid Ibrahim melalui penulisannya iaitu: “This principal of oral evidence is based on the rule that a witness can only verify the truth of facts which he himself has seen or heard or perceived or of which he has personal knowledge.”

Keterangan Lisan Hendaklah Diberi Secara Langsung (Direct Evidence)

Keterangan langsung merupakan satu bentuk keterangan lisan yang diberikan oleh seorang saksi dalam Mahkamah berhubung suatu fakta atau hak atau kejadian yang diperolehinya melalui pancainderanya. Contohnya, keterangan berkenaan suatu fakta yang boleh dilihat, maka keterangan lisan yang perlu diberikan saksi tersebut adalah berkaitan dengan apa yang dilihat olehnya. Begitu juga jika ia berkaitan dengan fakta yang boleh didengar, maka saksi tersebut perlu memberikan keterangan lisan tentang apa yang didengarinya. Manakala jika keterangan berkaitan dengan suatu pendapat, maka keterangan langsung adalah keterangan yang dikemukakan oleh seseorang yang berpegang kepada pendapat tersebut. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 60 Akta Keterangan 1950.

Keterangan Pendapat (Opinion Evidence) Hendaklah Diberi Secara Langsung

Prinsip keterangan di Mahkamah adalah saksi mengemukakan keterangan berkaitan dengan fakta sahaja. Jika saksi tersebut mengemukakan pendapatnya, maka ia tidak diterima sebagai satu bentuk keterangan di Mahkamah. Ini kerana pendapat hanya boleh diberikan oleh Hakim setelah mendengar keterangan daripada pihak-pihak yang bertikai.

Maka, secara prinsipnya, pendapat yang diberikan oleh saksi sebagai orang ketiga dalam prosiding adalah tidak relevan. Namun seksyen 45 Akta Keterangan 1950 membenarkan pendapat saksi diterima sebagai keterangan di Mahkamah dengan syarat saksi tersebut merupakan seorang pakar dan pendapatnya adalah berkaitan dengan fakta yang dikemukakan. Prinsip Taylor yang menyatakan: “whenever it is clear that inexperienced persons are unlikely to form a consent judgement in the subject matter of inquiry, the opinion of someone who has special skills is admissible.”

Keterangan Dengar Cakap (Hearsay Evidence) Adalah Tidak Relevan

Keterangan dengar cakap adalah bertentangan dengan keterangan langsung mahupun yang dikemukakan secara langsung. Secara asasnya, keterangan ini tidak diterima sebagai salah satu bentuk keterangan di Mahkamah. Namun terdapat beberapa pengecualian yang diberikan dalam Akta Keterangan 1950 seperti seksyen 32, seksyen 33 dan seksyen 73A berkenaan dengan keterangan yang dikemukan pada prosiding terdahulu oleh seorang saksi yang tidak boleh dijumpai atau dipanggil untuk mengemukakan keterangan di Mahkamah akibat keuzuran, sakit atau mati. Ini sebagaimana diperjelaskan oleh Hamid Ibrahim seperti berikut: “Under this section, hearsay evidence as a general rule, is excluded from legal evidence. However, there are a few important exceptions and these have been dealt with under sections 13, 18 to 24, and sections 32-38.”

Dapatkan tips dan info guaman percuma, LIKE FB page kami PEGUAM MACHANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>