Beza Pembuktian dan Keterangan dalam Mahkamah

Dapatkan tips dan info guaman percuma, LIKE FB page kami PEGUAM MACHANG

Dalam perbicaraan di Mahkamah, elemen asas yang digunapakai untuk mengadili sesuatu kes adalah pembuktian. Keadilan hanya boleh ditegakkan melaluui pembuktian. Pembuktian mempunyai maksud dan fungsi yang berbeza dengan keterangan. Sungguhpun kedua-dua istilah tersebut berbeza, namun kedua-duanya mempunyai perkaitan yang amat rapat. Ini kerana, secara asasnya, pembuktian sesuatu fakta dibuat melalui keterangan di Mahkamah.

Di Malaysia, dalam Mahkamah Sivil, statut khusus berkenaan pembuktian dan keterangan yang digunapakai sebagai panduan aplikasi adalah Akta Keterangan 1950 (Akta 56). Statut ini adalah adaptasi undang-undang yang termaktub dalam Indian Evidence Act 1872 yang dirangka oleh Sir James Stephen berasaskan prinsip Common Law Inggeris.

Menurut Kamus Dewan, pembuktian diertikan sebagai proses atau perbuatan untuk membuktikan sesuatu. Bukti pula bermaksud “segala sesuatu yang berfungsi untuk meyakinkan pemikiran seseorang tentang kebenaran atau kepalsuan sesuatu perkara yang belum pasti.”

Bagi keterangan pula, pada prinsipnya ia digunakan untuk membuktikan sesuatu fakta itu wujud atau tidak. Secara umumnya, keterangan ditafsirkan dalam seksyen 3, Akta Keterangan 1950 (Akta 56) seperti berikut:-

a)      Segala pernyataan yang dibuat di Mahkamah oleh saksi-saksi berkaitan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedimikian disebut keterangan lisan;

b)      Segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah: dokumen-dokumen sedimikian disebut keterangan dokumen.

Walaupun Akta Keterangan 1950 (akta 56) secara umumnya hanya mentafsirkan keterangan sebagai keterangan lisan dan keterangan dokumen, namun sebenarnya melalui tafsiran ini kita boleh mengklasifikasikan keterangan kepada beberapa cabang, yang akan dihuraikan dalam entry yang akan datang, insyaAllah.

Dapatkan tips dan info guaman percuma, LIKE FB page kami PEGUAM MACHANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>