Kerjaya Sebagai Hakim

Dapatkan tips dan info guaman percuma, LIKE FB page kami PEGUAM MACHANG

Beberapa hari yang lepas saya bercakap tentang tanggapan masyarakat terhadap kerjaya sebagai peguam, secara spesifiknya peguam jenayah. Hari ini saya ingin menyentuh mengenai tanggapan masyarakat terhadap kerjaya sebagai hakim pula. Persoalan terbanyak yang paling biasa kita dengar adalah: “Apakah hukumnya jika hakim tersalah / tersilap membuat keputusan?”

Bagi menjawab persoalan tersebut, suka saya mendatangkan satu hadis, di mana Rasulullah saw bersabda bahawa jika seseorang itu berijtihad dan ia betul, maka baginya 2 pahala. Jika sekiranya ia berijtihad dan ia salah, maka baginya 1 pahala.

Bagaimanakah seorang hakim itu membuat keputusan? Adakah secara membuta-tuli? Sudah tentu tidak! Hakim membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang ada di hadapannya. Jika perkara itu pada tafsirannya begitu, maka begitulah. Kalau hakim mendapati bahawa seseorang yang didakwa di mahkamah tidak disertakan dengan bukti yang mencukupi, maka sewajarnyalah hakim tersebut membebaskan orang yang didakwa. Maka salahkah hakim dalam keadaan ini? Sudah tentu tidak, kerana hakim tidak boleh membuat keputusan berdasarkan sentimen masyarakat. Selagi tidak dibuktikan bersalah, selagi itu lah orang itu tidak bersalah.

Jadi tiada kesalahan di atas bahu hakim sekiranya dia membuat keputusan berdasarkan kepada ijtihad selepas melihat dan menilai segala bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, iaitu pendakwa dan peguam. Manakala orang luar pula tidak patut mempertikaikan keputusan ini kerana sudah nyata tiada sebab orang itu perlu dihukum bersalah.

Hanya Allah dan orang yang didakwa itu sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Bagi seorang hakim yang tiada keupayaan untuk berdialog secara langsung dengan Allah seperti nabi Musa, maka tidak patut kita menyalahkan hakim yang hanya menjalankan tugasnya.

Wallahu a’lam..

Dapatkan tips dan info guaman percuma, LIKE FB page kami PEGUAM MACHANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>