Mengenali Ahmad Zakhran

Ahmad Zakhran bin Mat Noor berasal dari Machang, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Hamzah 1 pada tahun 1989 – 1994. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di SMKA Wataniah Machang pada tahun 1995 – 1999. Beliau mendapat pendidian awal di bidang undang-undang pada tahun 2000 di Matrikulasi UIAM di Petaling Jaya, Selangor dan menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (dengan kepujian) di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor.

Selepas tamat ijazah pada tahun 2006, beliau mendapat latihan dalam kamar di firma guaman Tetuan Mohamed Ridza & Co di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Setelah tamat tempoh latihan selama 9 bulan dan diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara pada 4 Mei 2007, beliau berkhidmat sebagai seorang eksekutif di Unit Perundangan, Percetakan Nasional Malaysia Berhad di Kuala Lumpur, sebuah syarikat milik kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri, dan merupakan pencetak rasmi Kerajaan Malaysia. Pada tahun 2010, beliau memilih untuk kembali ke negeri asalnya seterusnya berkhidmat dengan masyarakat setempat dengan beramal sebagai peguambela & peguamcara hingga sekarang.

Kini, Ahmad Zakhran bin Mat Noor telah berjaya mencipta nama sebagai seorang peguambela & peguamcara di tempat asalnya sendiri di Machang, Kelantan dengan menaungi firma guamannya Ahmad Zakhran & Associates.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>